Sweet Potato
AboutLinksFanficEntries

________________________________________________________________________________________
Saturday, 22 February 2014 | 05:47 | 0 Atasinchi
"Syaz menangis? Eh? Tapi kenapa?" Tanya dani.
"Kenapa?" Mikhail mengulangi ayat dani.
"Apa dah jadi kat dia?" Tanya dani lagi.
"Apa dah jadi kat dia?"
"Woi jawab lah betul betul! Aku nak tahu lah apa sebabnya!" Marah dani kerana mikhail asyik mengulangi percakapannya
"Aku pun nak sangat tahu sebabnya . Sebab dia nangis lepas balik jumpa kau. Mungkin kau tahu apa jadi." Kata mikhail. Mikhail ternampak syazana menangis ketika perjalanan pulang ke rumah.
"Haish kau ni biar betul. Aku pergi rumah dia kejap."
"Baik jangan pergi." Kata mikhail.
"Asal pulak? Kalau tak dengar cerita dia. Mana nak tahu."
"Sekarang bukan masa sesuai untuk pergi. Tadi aku pun nak pergi rumah dia tapi dia dah tidur pula" Tipu mikhail.
Dani duduk kembali di atas katil.
" apa hal agaknya . Aku ada cakap banyak benda dekat dia. Pasal sekolah . Pasal pengalaman . Pasal dah ada orang yang disukai ke tak. Lepas tu tiba tiba dia kata sudi keluar dengan dia tak  kat aku. Aku cakap memang tak boleh dan kitaorang pun tergelak gelak. Sampai situ je. Dia terus balik rumah. Tak ada bahagian yang boleh buat dia nangis kan?"  Terang dani panjang lebar.
"Agaknya.. dia serius kot? Kalau tu memang luahan cinta dia yang sebenar macam mana?" Tanya mikhail.
"Eh macam mana pula? Hmm. Aku suka tu memang lah tapi tu bukan cinta."
"Okay lah! Kalau macam tu, apa agaknya perasaan kau kalau aku keluar dengan syaz?"
"Kau? Dengan syaz? Burk! Hahahahahaha. Mimpi ngeri betul . Tak dapat aku bayangkan. Korang dah lah selalu gaduh."
Mikhail hanya tergelak.
 'Eh mamat ni kalau aku dapat pijak ni' rungut hati mikhail
"Dah lah aku nak balik." Kata dani lalu beredar dari situ

"Macam tu rupanya. Sebab tu ke kau menangis syaz? Tapi dengan luahan cinta je mudah betul kau menitiskan air mata. Pastu si mamat dani ni tak pernah aku jumpa mamat selembab dia ni. Tapi.. bila aku tengok syaz menangis aku tahu kau betul betul sedih. Aku pun.. terasa pedihnya." Bebel mikhail seorang diri.

"Oi budak yang mikhail suka!" Panggil mikhail dari atas . Dia melihat syazana menghantar susu setiap pagi.
Syazana hanya memandang mikhail.
"Wuish. Apahal mata kau tu?"
"Tak. Takde.. apa apa. Apa yang tak kena?" Syazana mulai gelabah.
"Mesti ada apa apa jadikan? " tanya mikhail.
"Oh ni.. se.. sebab.. ni.. tengok apa tu eh."
"Nampak sangat ada apa apa. Dah lah aku tak nak tahu pun." Mikhail terus beredar.
"Mikhail! Saya ada benda nak bagi tahu. Mikhail tidak mempeduli kan syazana dia terus kan perjalanan.
"Mikhail! Pasal awak suka saya tu saya tipu je!" Jerit syazana dari belakang tetapi mikhail hanya meneruskan perjalanan. Syazana bertindak mengekori mikhail.
"Mikhail! Awak dengar tak?! Sayacakap saya tipu!" Jerit syazana dia mulai menitiskan air mata.
"Mikhail! Awak tak dengar saya ke?" Syazana mulai menangis teresak esak. Mikhail terus masuk ke dalam rumah.
Syazana mengelap air matanya dan beredar dari situ.
"Eh syaz? You buat apa sini?" Tanya dani .
Syazana tidak mempedulikan dani dia terus beredar dari situ.

"Kau nak pergi mana mana ke?" Tanya dani apabila melihat mikhail bersiap.
"Ya. Aku nak jumpa syaz" kata mikhail sambil memegang bean bagnya
"Tadi aku jumpa syaz kat luar rumah"
"Dia ada ke kat luar tadi?" Mikhail terkejut dia terus berlari keluar rumah.
Dia melihat syazana sedang berjalan ke arah kebun.
"Oi budak yang mikhail suka!" Panggil mikhail sambil tersenyum.
Syazana berhenti dia tidak memandang mikhail.
'Time for revenge.'
Syazana meneruskan perjalanannya tanpa mempedulikan mikhail.
"Eh?" Mikhail terus mengejar syazana.
"Oi budak yang mikhail suka!" Panggil mikhail lagi.
Syazana masih tidak mempedulikan mikhail.
"Eh syazana! Syazana amsyar!" Panggil mikhail.
Mikhail terus membaling bean bagnya pada syazana. Tepat mengenai belakang syazana.
Syazana berhenti dan berpusing. Dia mengambil bean bag tersebut .
'Ni..'
Syazana teringat dahulu. Mak syazana seorang yang tidak boleh mendengar. Syazana sering mengunakan beanbag itu untuk memanggil maknya.
"Ha pandang pun. Bagi balik bean bag tu." Arah mikhail.
Syazana hanya mendiamkan diri.
"Eh tu saya punya lah. Bagilah balik." Kata mikhail. Mikhail terus meluru ke arah syazana apabila syazana masih tidak memberi sebarang respon.
Syazana terus berlari ke arah mikhail dan memeluk mikhail.
"Eh?" Mikhail agak terkejut.
Dani dari tadi hanya memerhati dari jauh terus meluru ke arah mikhail.
"Syazana? What's wrong? Are you okay?" Tanya dani .
Syazana melepaskan pelukannya.
"Nothing. I just need a hug. Im sorry mikhail. I just do something that i should not do."
"Its okay"
Mikhail menghulurkan tangannya.
Syazana perlahan lahan menyambut tangan mikhail. Mikhail menarik balik tangannya.
"No i mean.. that." Mikhail menunjukkan beanbag pada tangan syazana.
"Oh. Nah!" Kata syazana . Muka nya merah dan terus dia pergi dari situ.
Mikhail hanya tersenyum.
"Weyh dani jumpa kat rumah eh!" mikhail menepuk bahu dani lalu berlari ke arah syazana.
"Mikhail.. kau tak boleh bersama dia." Kata dani perlahan.

"Syaz!" Panggil mikhail.
Syazana tidak mempedulikan mikhail. Sudahlah dia malu dengan dani dengan mikhail pun dia nak malu juga ke.
Mikhail terus berlari ke hadapan syazana. Syazana berhenti.
"Awak saya nak jalan" kata syazana.
"Jalan je lah saya boleh jalan mengundur. Saya suka bercakap sambil pandang muka orang."
Syazana meneruskan perjalanan dan mikhail menjalan mengundur menghadap syazana.
"Syaz lepas ni panggil saya khai tau. Khai tak biasa saya awak ni".
"Okay . " balas syazana perlahan.
Setelah Mikhail menghantar syazana ke rumah dengan selamat dia pulang ke rumah dengan tersenyum gembira.

"Aku nak kau cari dia ni sampai dapat!" Marah dato rizal.
"Dia satu satu nya anak aku ."
"Baik lah . Saya akan cuba sedaya upaya."
"Kau kena cari anak aku dengan datin kirana. Kalau tak jumpa jangan harap aku bagi satu sen pun!" Dato rizal menghulur kan satu keping gambar anaknya dengan datin kirana semasa kecil kepada penyiasat upahan.
Dato rizal mempunyai dua isteri. Kirana ialah isteri pertama dan sophea ialah isteri kedua. Datin sophea sudah lama tahu tentang isteri pertama dato rizal daripada penyiasat upahannya cuma dato rizal sahaja tidak pernah membuka mulut untuk memberitahu tentang isteri pertamanya.

"Hello?" Mikhail memakai sesuatu alat di telinganya dan memegang telefon untuk melihat apakah yang di cakap oleh orang di hujung talian itu. Memandang kan dia tidak boleh mendengar tidak bermakna dia tak boleh membaca .
"Mikhail. Ni mama. Esok mikhail datang rumah mama eh?"
Mikhail menunggu mesej itu masuk ke dalam phone . Selesai membaca apa yang di katakan oleh datin sophea dia membalas.
"Kenapa?"
"Kawan mama ada buat majlis. Balik esok ya?" Pujuk datin sophea.
"Tak boleh mama . Mikhail ada mesyuarat esok dengan staff baru."
"Tak apa lah kalau macam tu. Mama ajak dani je." Kata datin sophea lalu meletak telefon.

"Weyh aku rasa muka kau ni dah macam panda. Berapa lama kau menangis ?" Tanya hanissa.
"Agak lama." Balas syazana pendek.
Zhafrel yang baru saja sampai tergelak melihat wajah syazana. Syazana terus menendang kaki zhafrel.
"Aduh!" Zhafrel ternampak dani di belakang dan terus menarik muka syazan menghadap dani.
"Weyh dani! Kebetulan kau ada kat sini. Baik cepat kau tengok muka seram dia ni. Lawak gila kan?"
Hanissa tidak sempat menghalang.
Dani hanya mendiamkan diri. Dia terkejut melihat wajah syazana.
'Erk. Reaksi apa ni? Dah tak kelakar ke muka minah ni?' Kata zhafrel dalam hati.
Syazana terus beredar tetapi dani sempat menangkap lengannya.
"Tu orang .. yang buat you macam tu.. I ke?"
"Tak ada kena mengena dengan tu lah!" Kata syazana lalu mengajak zhafrel dan hanissa beredar dari situ meninggalkan dani terpinga pinga.

"Apahal muka kau yang seram tu? Kau takutkan pelanggan aku je" kata mikhail yang baru sahaja masuk pejabat. Syazana diberi tawaran menjadi kerani di pejabat mikhail.
'Eh mamat ni. Haritu suruh panggil khai sekarang berkau aku pula dengan aku."
"Boleh tak khai bagi belas kesian sikit. Buat syaz sakit hati je kan."
"Eh khai ke?" Mikhail mula sedar kesalahanya kerana membahasakan dirinya sebagai 'aku'
"Erm tak boleh tak boleh." Tambah mikhail.
"Aish dah lah" mikhail tergelak melihat syazana.
"Selamat pagi dani!" Kata salah seorang pekerja di situ.
Serta merta syazana terkedu.
Mikhail hanya memandang syazana.

'Aku kena berani.' Kata syazana lalu bergerak ke arah dani.
"Selamat pagi dani!" Sambil menepuk belakang dani dengan kuat.
"Woi sakit lahhh!!" Jerit dani.
"Untuk kasi semangat. You macam ngantuk je."
'Berdenyut belakang aku. Dia ni perempuan ke apa?' Rungut hati dani.
"Selamat pagi!" Kata syazana pada pekerja di situ. Dani hanya memandang sambil tersenyum.
"Hebat kau ni. Nampak natural."kata hanissa.
Syazana hanya mendiamkan diri.
"Dahlah tu kumbang bukan sekor je" kata hanissa.
"Betul. Betul. Kalau untuk syaz memang ada lagi sekor." Sampuk zhafrel.
"Lagi sekor?" Tanya hanissa.
"Tu ah dia dah sampai " kata zhafrel.
Mikhail baru sahaja masuk ke dalam pejabat.
Syazana memandang muka mikhail dengan meluat.
"Kau dah apahal pandang aku macam tu? Awal pagi dah rosakkan mood orang" kata mikhail.
"Makhluk ni ke? Mustahil lah zhafrel oi ."
"Apa pula yang mustahil?!" Marah mikhail
"Tolong sikit jangan nak menyampuk ya."
"Siapa pula yang menyampuk kau, gila"
"Aku tak rasa diaorang akan cakap pasal cinta" kata hanissa pada zhafrel.
"Weyh aku bau coklat. Nak satu!" Kata syazana apabila melihat hanissa mengeluarkan sekotak coklat.
Mikhail memandang syazana yang sedang makan coklat dengan gembira.
'Tak payah lah nak tunjuk kau macam dah okey'  keluh mikhail.
"Ingat mesyuarat pukul 10" kata mikhail lalu beredar.



PAST


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕


Holla ! You've dropped in my space. Be nice here and copycats not allowed. Thank you :)
Thank you for stalking :).
_______________________________________
◕ Shout Here ◕


_______________________________________
◕ Sing Along ◕