Sweet Potato
AboutLinksFanficEntries

________________________________________________________________________________________
Sunday, 19 January 2014 | 02:46 | 0 Atasinchi
"Syaz!" Panggil zhafrel dari belakang.
Syazana hanya mendiam kan diri dia sedang tekun mengubah bunga untuk diletakkan di kebun .
"Syaz. Sibuknya kau hari ni." Kata zhafrel.
"Kau ni datang nak cakap tu je ke? Kan bagus kalau kau tolong aku. Kau kalau jumpa aku je ada je benda kau nak bebelkan."
"Ala kau ni macam tak biasa pula. Suara aku kan seksi. Orang dengar mesti cair ah. Tak jemu punya dengar aku bebel." Syazana membuat muka tanda meluat.
"Poyo lah kau ni." Kata syazana dia sudah malas mahu melayan karenah zhafrel.
"Zhaf?"
"Dani? Dani kan?" Tanya zhafrel.
"Zhaf! Lama nya tak jumpa." Dua orang jejaka itu berpelukan.
'Erk. Agak lah nak berpeluk pun. Boleh timbul salah faham tu woi!' Bisik hati syazana
"Korang pernah jumpa ke?" Tanya syazana.
"He's my deskmate secondary school" terang dani.
Syazana hanya menganggukkan kepala
"Kawan baik lah ni?" Tanya syazana lagi.
"Eh mesti lah. Kitaorang budak paling nakal kot dulu. Lagi lagi dani." Kata zhafrel.
"Eh kau lagi nakal dari aku eh. Siap kena baca surat cinta depan budak budak ramai. Buuu" ejek dani.
 Syazana tergelak agak kuat.
"Woi! Yang tu tak payah lah ungkit." Marah zhafrel . mukanya agak merah.
Syazana memandang dani lama. Tiba tiba jantungnya berdegup laju melihat dani tersenyum ke arahnya
'Apahal kau ni syaz?' Syazana menampar pipinya dengan kedua kedua belah tangannya
"Syaz?" Panggil dani.
Syazana menoleh. Dia terkejut melihat muka dani betul betul di hadapan  mukanya . Terus dia menoleh ke belakang.
"Are you okay syaz?" Tanya dani. Dia agak risau kerana syazana terdiam secara tiba tiba.
"I okay je lah. I nak siap kan bunga ni cepat. Marah pula adik you nanti."
Dani tergelak.
"Adik I bukan macam tu lah."
"Yeke? I tengok macam panas baran je. I takut lah tiba tiba dia mengamuk ke kan?"
"Baran dia pun tak ada lah sampai tahap memukul. Kalau dia mengamuk. You bagitahu je I biar I babab dia." Dani membuat gaya ingin memukul. Syazana hanya tersenyum
"You have a younger brother dani?"
"Ada keluarga jadikan aku anak angkat."akhirnya dani membuka cerita pada zhafrel.
"You anak angkat?" Syazana sedikit terkejut.
"Kau tak bagitahu aku pun? Sejak bila?"
"Sejak aku 14 tahun."
" Kita kawan dari 13 tahun kot. Kau tak bagitahu aku langsung?"
"Aku bagitahukan sekarang"
Zhafrel hanya mendiam kan diri.
"Siapa adik kau?"
"Mikhail. Mikhail rafiqi ."
"Aku macam pernah dengar nama tu." Kata zhafrel.
"Aku tak tahu mana kau dengar dan sekarang aku dah lambat. Aku nak jumpa adik aku. Ni nombor aku apa apa telefon." Kata dani lalu menyerahkan sekeping kad pada dani dan tidak lupa juga untuk syazana.

"Mikhail sayanggg!"
"Berhenti!!!!!" Jerit mikhail sebelum dani datang memeluknya.
"Er aku tak minat kaum sejenis. Dah pergi cari orang lain."
Dani memijak kaki mikhail.
"Kau agak sikit . Aku main main je lah."
"Tak yah ah pijak kaki duh." Mikhail mengosok gosok kakinya.
"Macam mana projek? Okay?"
"Okay lah juga "
"Harini abang tidur sini eh"
"Tak boleh!" Mikhail membuat tanda pangkah mengunakan lengannya.
" kenapa? Kau bawa perempuan masuk eh?"
"Serkap jarang betul jantan ni. Kau agak sikit. Aku tahu halal haram lah."
"Gurau je. Eh syazana tu lawa. Kau taknak?"
Mikhail hanya mendiam kan diri.
"Kau taknak bagi aku" dani mengangkat kening nya.
"Hish! Balik lah kau!" Mikhail terus masuk ke dalam biliknya.
"Haihh adik aku sorang ni" kata dani sambil ketawa terbahak bahak.

"Syaz. Kau ni kenapa. Asyik termenung je" tanya hanissa. Dia agak risau melihat syazana hanya mendiamkan diri.
"Weyh han! Kau rasa kan aku ni dah jatuh cinta ke? " tanya syazana sambik memegang lengan hanissa.
"Jantan mana yang bertuah sangat yang kau suka tu?"
"Nama dia dani. Jantung aku berdegup laju je bila pandang dia."
"Apa kata kalau kau luah kan perasaan kau?"
"Tapi kalau dia tak terima? Tak malu ke aku macam tu?"
"Belum cuba belum tahu." Syazana hanya mendiamkan diri.

"I nak you siasat lebih mendalam lagi. I nak esok! Faham?!" Datin sophea terus meletak telefon. Dia mengenggam gambar dato rizal sehingga renyuk.
"Kau akan terima balasannya rizal."
Datin sophea masih berdendam dengan suaminya sendiri atas kematian ayahnya.

"Bila ayah dah takda.. ayah nak harta ni semua bagi dekat mikhail. Syarikat kamu juga." Terang encik humaizi.
"Ayah tak boleh buat macam ni! Habis saya dapat apa ayah?!" Marah dato rizal.
"Ayah percaya kan mikhail. Ini wasiat ayah." Encik humaizi mengeluarkan sehelai kertas dan memberikan kepala dato rizal. Encik humaizi membuka topeng oksigen yang membantunya bernafas untuk bercakap.
"Ini buktinya."
"Ayah! Saya pun berhak atas syarikat tu!" Dato rizal masih tidak mahu mengalah.
Encik humaizi hanya mendiamkan diri.
Entah syaitan mana yang menghasut dato rizal. Dia terus mengoyak kertas itu dan mencabut wayar oksigen untuk bantuan pernafasan pada encik humaizi.
Encik humaizi mulai sesak nafas dan jatuh daripada katil.
"Atuk!! Atuk!!" Panggil mikhail. Mikhail bergayut pada satu tangga di luar balkoni.
Mikhail terkejut melihat atuknya diperlakukan begitu oleh ayahnya. Akibat terlalu terkejut dia jatuh dari tingkat satu dan kepalanya terhentak pada batu.
"Mikhail!" Jerit encik humaizi lalu pengsan.

Mikhail membaling cawan di tangannya pada dinding.
"Kau akan menyesal." Dia mengenggam serpihan kaca dengan kuat hingga tangannya penuh dengan darah.

"Syaz!"
"Ya. Kau buat apa sini?"
"Aku sebenarnya nak jumpa dani. Aku jumpa kau sekali lah." Terang zhafrel.
"Dani tak ada sini lah."
"Aku yakin dia datang sini punya."
 Syazana mulai gelabah. Dia melihat mukanya di cermin.
"Weyh zhaf. Muka aku okay tak? Ke ada macam pucat ke?"
"Okay je lah. Kau ni dah kenapa. Aku yang nak jumpa dani kau yang lebih lebih."
"Er.."
"Zhaf!"
"Panjang umur tu pun dani."
Syazana menjadi tidak keruan dia kehulu ke hilir.
"Syaz? You ni kenapa?" Dani bergerak ke arah syaz.
Syaz berhenti betul betul di hadapan badan dani.
'Eh tinggi pula lahai dia ni.'
Syazana terus berpaling.
"I okay je. " kata syazana sambil berpura pura gelak.
"Dani kau buat apa sini? Asal tak datangrumah terus?" Tanya mikhail. Dia sudah lama perhatikan dani dan syazana. Makin di pandang makin panas je.
"Apa kau ingat aku datang sini nak jumpa kau je ke? Aku pun ada orang lain lah nak jumpa" dani menarik syazana dalam dakapannya. Syazana agak terkejut.
'Aish dia ni dah apahal? Dia suka buat aku tak tentu arah lah!!!' Ingi saja syazana menjerit ketika itu. Syazana perlahan lahan cuba melepaskan diri.
Dani terus menariknya semula
Muka mikhail mulai merah. "Okay kau dah tak pedulikan adik kau kan. Tak apa. Dating lah kau orang berdua.  Kerja makan gaji buta. Kau pun sama!" Mikhail menunjuk ke arah syazana dan terus beredar.
"Aku pula kena?" Syazana terus melepaskan diri daripada dani apabila mendapat peluang.
 Dani hanya ketawa melihat mikhail.
"Malam ni you free? Kita keluar makan nak? My treat! Dont worry."
"I okay je. Pukul berapa?"
"I'll pick you about 8 pm?"
"Okay!"
"Amboi aku kat sini dah macam kayu je kan?" Rajuk zhafrel.
"alalala dia merajuk pula. Zhaf jom lah aku belanja lunch" ajak dani.
"Nasib baik pandai pujuk." Kata zhafrel sambil ketawa.

"Han! Dani ajak aku keluar malam ni!"
"Ha ni lah peluang kau nak luahkan perasaan."
"Tapi aku tak berani lah" kata syazana dia mencari baju yang sesuai untuk dimakan malam ini.
"Kau cuba je dulu."
Beberapa minit kemudian syazana bersuara.
"Baiklah! Aku tekad. Aku akan luahkan perasaan aku!"

-part 3 end- keep calm and wait for part 4



PAST FUTURE


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕


Holla ! You've dropped in my space. Be nice here and copycats not allowed. Thank you :)
Thank you for stalking :).
_______________________________________
◕ Shout Here ◕


_______________________________________
◕ Sing Along ◕