Saturday, 18 January 2014 | 05:58 | 0 Atasinchi
"Kita nak pergi mana ni papa?" Tanya syazana separuh tidur. Semalam dia tidur agak lewat kerana menonton cerita kegemarannya.
"Kita nak pergi kebun tempat yang ayah kerja tu. Ayah dengar ada orang sponsor project dekat situ."
"Then what to do with me?" Tanya syazana tidak berpuas hati.
"Ayah nak kenalkan anak ayah ni je."
"Orang tu mesti lelaki kan?" Syazana membuat muka tidak berpuas hati.
"Well.."
"See! Ayah selalu macam ni"
"Ala siap je lah cepat"
"Ma! Berapa kali mikhail kata tak payah hantar dani nak ikut mikhail. Mikhail tahu jaga dirilah" marah mikhail sebaik sahaja dia menelefon datin sophea. Dia mendapat tahu dani mengikutnya apabila dia melihat sebuah kereta asyik megekorinya dan dia sangat kenal kereta itu milik dani.
"Sayang.. dani je bukan orang lain"
"You still not believe me? I can do it ma! Lain kali suruh je dani buat projek ni. Jangan suruh mikhail!" Marah mikhail. Dia tersangat bengang.
"Mama hantar dani sebab mama nak suruh dani bagi mikhail sesuatu. Ala biarlah dani duduk dengan mikhail ."
"Okaylah!" Mikhail terus menutup telefon dan mencampak ke atas sofa.
"Kau ni baran sangat lah. Takkan muka abang pun dah taknak tengok?" Dani cuba memujuk mikhail yang masih mendiam kan diri sejak menelefon datin sophea.
"Mama masih tak percaya kan aku! Baik dia kasi kau je projek tu. "
"Mama suruh aku ikut kau sebab kau lupa nak ambil ni lah beruk" dani memakai satu jam di tangan mikhail.
Tiba tiba jam itu bergetar dan muncul satu gambar cerek di skrin jam itu.
"This is more easy"
"Thankyou." Balas mikhail lalu bergerak ke dapur untuk menutup api. Dia tahu datin sophea akan menyuruh dani mengikut nya walaupun dia tidak tertinggal jam itu di rumah.
"Kalau ada jam ni senang. Boleh lah kau tahu orang datang rumah ke apa kan" dani sedih melihat keadaan mikhail yang tidak dapat mendengar sampai kan dia tidak mahu mikhail berseorangan.
"Ini anak saya syazana." Encik sabri memperkenalkan syazana pada salah seorang pekerja di kebun itu.
"Ayah syaz jalan jalan kejap eh" encik sabri hanya mengangguk.
"Ada orang ke tinggal kan sini? Ada juga rumah kat kebun ni" bebel syazana sendiri. Dia melihat melalui tingkap rumah itu. Tiba tiba terdapat tapak tangan di sebalik tingkap itu. Syazana terkejut lalu melarikan diri.
Tetapi malangnya, dia terlanggar pintu rumah itu apabila seseorang sedang membuka pintu tersebut. Syazana jatuh terduduk lalu mengosok hidung nya.
"Tak guna.." syazana memandang lelaki yang membuka pintu itu .
"Kau lagi. Kau ni stalker ke apa? Terjenguk jenguk." Kata mikhail.
"Saya tengok je lah! Awak buat apa kat sini?" Tanya syazana.
"Ni rumah aku. Suka hati aku lah nak buat apa pun."
"Awak tinggal sini? Saya tak pernah nampak pun awak?"
"Saya baru pindah lah." Mikhail mula membahasakan diri sebagai 'saya'
"Awak ke yang kendalikan projek Energy cell ni?"
"Yes I am."
Mikhail terus meninggalkan syazana.
"Mikhail!" Panggil syazana dari belakang tetapi mikhail hanya meneruskan perjalanan nya.
"Dia ni tak dengar ke apa?" Bebel syazana
"Mikhail!!!" Kali ni syazana menjerit dengan lebih kuat namun mikhail tidak langsung menyahut apatah lagi memandang ke belakang.
"Eh dia ni betul betul pekak ke?" Rungut hati syazana. Dia bengang kerana mikhail tidak menyahut panggilnya.
Mulut syazana terkumat kamit membebel ketidakpuasan hati nya tentang kejadian tadi.
"Aduh!" Jerit syazana apabila dia terlanggar seseorang lalu jatuh terduduk. Dia mengosok kepalanya.
"Tadi hidung. Sekarang kepala. Lepas ni apa pula?" Syazana masih tidak berhenti membebel.
"Im sorry . Are you okay?"
"I okay. " kata syazana yang masih memandang ke bawah
"Maaf lah I nak cepat sangat. Terlanggar you pula."
"You. I macam pernah nampak you .we meet at my father dinner right?" Tanya syazana apabila melihat lelaki di hadapannya.
"Oh ya! I dani. I abang mikhail. I rasa you kenal mikhail kan?"
"Kenal sangat! I baru terserempak dengan dia. Dah lah I panggil tak menyahut." Syazana meluahkan ketidakpuasan hatinya pada dani.
Riak muka dani berubah.
"Dia ada sebab kenapa dia tak menyahut!" Marah dani lalu beredar dari situ. Dani tidak suka apabila orang berkata pasal adiknya
"Eh dah pahal dia ni marah marah? Sama je adik beradik! " syazana terus mendapatkan encik sabri yang masih berbual dengan rakannya. Hilang mood dia ingin berjalan di sekitar kebun itu.
"Ayah!" Panggil syazana sambil tersenyum.
"Ha syaz. Ni mikhail. Dia bos baru ayah. Ni anak saya syazana amsyar" Encik sabri terus memperkenalkan syazana kepada bos kebun tempat dia berkerja.
"Yes i know him. We meet at your dinner daddy."
Mikhail hanya tersenyum
' So.. your name is syazana amsyar. Finally i know your name.' Bisik hati mikhail girang kerana dia bertemu juga gadis yang dicarinya selama ini
"Mikhail." Dani menepuk bahu mikhail.
"Kau tak balik lagi?" Tanya mikhail.
"Kejap lagi. Aku nak teman kau." Kata dani sambil memandang syazana. Dia berasa serba salah kerana memarahi syazana tadi. Lagipun syazana tidak tahu apa apa.
"We meet again syaz. Sorry about earlier. Tiba tiba jadi emo."
"Oh tak apa. I faham . Biasalah orang berkerja kan." Kata syazana sambil tersenyum.
'Nasib baik minta maaf. Ikutkan nak je aku jumpa bomoh santau dua orang beradik ni.' Syazana sangat geram akan kejadian tadi.
" you buat apa sini?" Tanya dani.
"I teman ayah I . Dia kerja sini."
"Dah dah dah. Kau bila nak balik?" Mikhail menolak dani ke belakang. Dia menjadi gusar melihat syazana berbual mesra dengan dani.
"Bye syaz!"
Mikhail menepuk belakang kepala dani.
"Kau jangan nak menggatal. Balik cepat!"
"Okayokay!" Dani mengangkat kedua belah tangannya tanda mengalah dan terus beredar dari situ.
"Syazana amsyar." Panggil mikhail.
"Ya ?" Tanya syazana apabila dia melihat mikhail datang ke arahnya baru dia ingat nak berehat di bawah pokok tu. Tiba tiba si pengacau ni datang.
"Hai."
"Hai." Balas syazana. Dia sedikit pelik dengan perangai mikhail
"Boleh saya duduk sini?"
"Duduk je lah."
Masing masing mendiamkan diri dan melayan perasaan.
"Awak." Panggil syazana .
Mikhail tidak menyahut.
Syazana memandang mikhail. Dia sedang memandang ke arah kebun.
"Awak." Mikhail masih mendiamkan diri.
Syazana memegang bahu mikhail.
"Awak."
Mikhail memandang syazana.
"Ya?"
"Awak ni pelikkan. Kejap kejap baran kejap okay."
"Saya baran tadi sebab abang saya. Sebab tu saya termarah awak. "
"Oh begitu. Awak pandai main piano kan?" Tanya syazana. Dia pasti mikhail di hadapannya ini ialah mikhail yang dia bertemu dahulu.
"Pandai. Tapi saya dah tak main."
"Awak tak ingat saya ke?"
"Awak? Kita pernah berjumpa?" Tanya mikhail. Dia sengaja mengusik syazana.
"Kita pernah jumpa dulu dekat sini."
"Yeke? Saya tak ingat. Oh ya! Saya ada jatuh dulu. Kepala saya terhentak batu dan saya hilang ingatan masa umur saya 13 tahun." Tipu mikhail.
"Yeke? That accident must be after we meet."
"Maybe. Tell me what happen to us ? "
Syazana mula berfikir jahat.
"Awak dulu suka kat saya tau."
"Yeke?" Mikhail berpura pura terkejut. Mahu saja dia ketawa ketika itu juga. Tetapi di tahan.
"Ya. Tapi saya tak layan awak. Awak kejar juga saya."
"Wah saya betul betul suka kat awak lah ni?"
Syazana menganggukkan kepalanya.
"Okay lepas ni kita kena selalu berjumpa lah. Supaya saya boleh suka kat awak lagi."
Syazana tersentak.
"Erk.. okay."
"Okay lah orang yang mikhail suka. I got to go. See you next time my crush." Kata mikhail sambil tersenyum lalu beredar dari situ
"Haih senangnya dia percaya cakap aku." Syazana tersenyum nakal.
-part2 end-
Keep calm and wait for part 3