Sweet Potato
AboutLinksFanficEntries

________________________________________________________________________________________
Sunday, 15 December 2013 | 21:26 | 0 Atasinchi
"Atuk!" Jerit mikhail lalu jatuh dari balkoni. Kepalanya terhentak pada batu.
Dato rizal terkejut akan kehadiran mikhail lalu melepaskan gengaman dari encik humaizi dan terus berlari ke bawah.
Datin sophea terkejut melihat ayahnya encik humaizi terlantar di atas lantai dan anaknya jatuh dari balkoni.
"Maafkan kami puan, encik humaizi tidak dapat kami selamatkan lagi" terang doktor azmi pada datin sophea.
Datin sophea terduduk mendengar berita tersebut
"Doktor macam mana dengan adik saya?" Tanya dani.
"Adik kamu mendapat gegaran yang kuat pada  kepalanya. Kemungkinan besar dia akan kehilangan pendengarannya ." Terang doktor
"Tak boleh buat sebarang pembedahan ke doktor?" Tanya datin sophea
Doktor azmi mengelengkan kepala.
"Ini kemungkinan sahaja." Terang doktor azmi lagi lalu beredar dari situ.
"Rizal...." datin sophea menyumpah nyumpah nama itu.
"Dah lah tu mama. Bawa bertenang." Kata dani sambil memeluk datin sophea. Dani hanyalah anak angkat. Mikhail terlalu mahukan seorang abang. Untuk memenuhi permintaan anaknya datin sophea mengambil dani sebagai anak angkat. Dia bertemu dani di rumah anak yatim. Pada mulanya dani tidak bersetuju untuk menjadi anak angkat datin sophea sehinggalah datin sophea mendesak dia tanpa henti. Akhirnya dani bersetuju

16 tahun kemudian...

"Tuk! Tuk! Tuk!" Mikhail membuat bunyi sambil membaling bean bag kesayangannya.
Dia berhenti baling dan memandang bean bag tu sambil tersenyum.
"Mikhail!" Panggil dani sambil menepuk bahu mikhail.
"Nak apa?" 
"Mama dah masak. Jom lah makan." Ajak dani.
"Nantilah." Jawab mikhail lalu menyambung membaling bean bag itu pada dinding.
"Dah dah lah tu main benda ni. Dah dekat 16 tahun kau main benda ni tau." Bebel dani.
"Dan dalam 16 tahun tu lah aku tak pernah tahu bunyi sebenarnya" jawab mikhail.
Dani terkedu seketika. Mikhail telah disahkan tidak boleh mendengar sejak umurnya 13 tahun akibat insiden dia jatuh dari balkoni. Dani mengajar mikhail membaca gerak bibir. Datin sophea melarang mikhail belajar bahasa isyarat kerana dia mahu merahsiakan hal tersebut.
"Dah lah jom makan!" Ajak dani lagi lalu terus beredar dari situ.

"Wah! Pandainya awak main piano. Awak piano-ist ke? " kata syazana teruja.
"Piano-ist?" Tanya lelaki itu sedikit pelik. Tak pernah dia dengar perkataan itu.
"Awak belajar kat mana?" Tanya syazana tanpa mempedulikan soalan lelaki itu.
"Kat rumah." Balas lelaki itu pendek.
"Wah. Awak ajar saya boleh?"
"Boleh! Tapi saya nak balik dah lepas ni. Rumah saya jauh dari sini." Balas lelaki itu.
Syazana mengeluh.
"Woi! Korang buat apa kat sini?" Marah pengawal.
"Lari!" Jerit lelaki itu lalu menarik tangan syazana.
Setelah agak jauh mereka lari syazana bersuara
"Saya kena patah balik!" Kata syazana.
"Buat apa? Bahaya lah awak!" Larang lelaki itu.
Tetapi syazana tidak peduli semua itu lalu berlari ke arah sekolah tersebut.
Syazana mencari cari barangnya.
"Heish menyusahkan betul budak perempuan ni. Selalu sangat datang sekolah ni." Bebel pengawal sekolah itu sambil memadam papan hitam yang diconteng syazana tadi.
Tiba tiba kedengaran bunyi piano di bilik sebelah.
"Siapa pula ni?!" Marah pengawal itu lalu keluar dari bilik tersebut.
Syazana terus mengambil bean bagnya dan berlari keluar. Dia pergi ke arah bilik piano.
'Budak tu..' syazana tersenyum
Lelaki itu terus berlari apabila pengawal mula mengejarnya.
Syazana berlari keluar dari sekolah itu. Dia berlari ke arah satu pokok besar di mana lelaki itu sedang berehat.
"Nah!" Syazana memberikan bean bag nya kepada lelaki itu.
"Untuk saya?"
Syazana mengangguk
"Eh kenapa bagi saya? Awak sanggup patah balik semata mata sebab benda ni. Baik awak simpan je."
"Ambil je lah. Ini tanda terima kasih sebab tarik perhatian pengawal tadi. Denfan bean bag ni awak boleh panggil semuaorang tau."
"Yeke? Terima kasih!" Lelaki itu mengambil beanbag itu sambil tersenyum.
"Nama awak?" Tanya syazana.
"Mikhail. Muhammad mikhail rafiqi." Lelaki itu mengenalkan dirinya.
"Saya..." syazana tidak sempat menghabiskan ayatnya.
"Mikhail!!! Puas mama cari mikhail. Mana mikhail pergi?" Marah datin sophea.
Mikhail menghulurkan sekeping kertas pada syazana dan menjerit.
"Kalau nak belajar piano datang lah rumah saya. Alamat rumah saya ada dalam kertas tu! Byebye!" Jerit mikhail sambil melambai lambai tangannya.
"Saya syazana..." kata syazana perlahan.

"Wui." Panggil hanissa membuatkan lamunan syazana terhenti
"Ya. Kau sorang je ke? Zhafrel mana?" Tanya syazana
"Dia ada kerja lah." Terang hanissa
"Oh" balas syazana pendek
"Asal ? Kau rindu dia?" Tanya hanissa
"Mana ada. Aku kena balik ni. Ayah aku ada dinner harini. Aku kena ikut. Dia nak kenenkan aku lagi lah tu. Byebye. " bebel syazana.
"Takecare." Balas hanissa pendek.

"Assalamualaikum. Ayah syaz dah balik."
"Waalaikumusalam." Balas encik sabri sambil menyiram pokok pokok bunga.
"Syaz harini ayah ada dinner. Ikut ya." Ajak encik sabri.
" tengok lah macam mana." Balas syazana malas
"Jangan lah macam ni kawan ayah semua nak tengok anak ayah yang comel ni."
"Kawan ayah ke anak kawan ayah?" Sindir syazana.
Encik sabri tidak mempedulikan kata kata syazana
"Pergi je lah" desak encik sabri.
"Yelah yelah!" Akhirnya syazana mengalah.

"Ayah!" Panggil mikhail apabila melihat ayahnya baru pulang dari kerja.
Dato rizal terkejut melihat mikhail berdiri di penjuru balkoni.
"Kat sini ke mikhail jatuh dulu?" Tanya mikhail sambil mengoyangkan badannya. Dia nyaris jatuh.
"Muhammad mikhail rafiqi!" Marah dato rizal.
Mikhail hanya tersenyum lalu memanjat masuk ke dalam.
" hai ayah" sapa mikhail sebaik sahaja turun dari biliknya.
"Sophea! You tak tengok ke anak you ni? Dia panjat balkoni tu lagi. Konon nak jadi indiana jones sangat Kalau jatuh macam mana?" Marah dato rizal.
"Sejak bila pula you kisah pasal mikhail?" Tanya datin sophea sambil membelek majalah. Sedikit pun dia tidak memandang dato rizal.
Dato rizal hanya mendiamkan diri dan masuk ke dalam bilik.
"Mikhail. Siap cepat kita ada dinner harini" suruh datin sophea.

"Sabri! Lama tak jumpa!" Tegur encik farid apabila melihat kawan lamanya.
"Ha ayah . Syaz pergi sana kejap eh" syaz cepat cepat mengundur diri takut ayahnya kenenkan dia dengan anak pakcik farid  pula.

Syazana memandang jam tangan hadiah daripada uminya.
Umi syazana meninggal akibat kebakaran di kilang tempat uminya berkerja.
Kejadian itu betul betul berlaku di hadapan syazana.
Syazana mulai menitiskan air mata.
Tiba tiba seorang lelaki teburu buru keluar dari restoran dan terlanggar syazana sehingga jam yang di pegang syazana terjatuh dan retak. Lelaki itu tidak mempedulikan syazana . Pandang pun tidak. Dia terus berlari sampai ke longkang besar tidak jauh dari restoran itu.
Syazana terus meluru ke arah lelaki itu.
Lelaki itu seperti sedang menahan kesakitan.
Dia juga muntah muntah.
Syazana tidak jadi hendak menyerang lelaki itu.
"Awak okay?" Tanya syazana.
Tetapi lelaki itu tidak mempedulikan syazana. Sedikit pun tidak pandang belakang.
"Awak okay tak?!" Syazana meninggikan sedikit suaranya. Tetapi tetap sama.
'Dia tak boleh dengar kot?' Bisik hati syazana.
Syazana menepuk bahu lelaki itu.
"Awak okay?" Tanya syazana sambil membuat isyarat tangan.
Lelaki itu hanya memandang syazana di dalam kesakitan
"Blah lah!"marah lelaki itu. Dia menolak syazana lalu beredar dari situ.
"Eh eh jantan ni. Aku tanya elok elok." Rungut syazana sambil mengusap lengannya yang bengkak.

"Kau okay?" Tanya dani sebaik sahaja dia melihat mikhail masuk ke dalam restoran.
"Aku okay." Balas mikhail. Mukanya pucat.
"Kau muntah muntah lagi?"
"Erm."
"Kau masih tak boleh selesakan diri dengan orang ramai ke?" Tanya dani.
"Tak. Diaorang banyak tanya. Buat aku pening tahu tak? Aku tak boleh baca bibir tiga orang sekali gus" terang mikhail.
"Aku faham. Tak apa abang kau akan selalu ada di sini."
Mikhail hanya tersenyum.
"Dani,mikhail" panggil datin sophea.
"Tu mama dah panggil. Dia nak kenenkan kau dengan kawan dia kot" gurau mikhail.
"Eh dia panggil kita dua eh. Bukan aku sorang je" dani menepuk belakang kepala mikhail dan terus pergi ke arah datin sophea.
"Sakit lah !" Jerit mikhail lalu berlari ke arah dani
"Ini anak I syazana" encik sabri memperkenal.anaknya.
"Syazana ya? I datin sophea." Balas datin sophea sambil tersenyum.
Syazana menyalam tangan datin sophea tanda hormat.
"Ini anak I dani."
"Dani." Dani memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Oh dani. Cantik nama." Balas encik sabri sambil menyambut tangan dani.
"Ah dan ini pun anak I mikhail"
"Mikhail. Mikhail rafiqi" mikhail menghulurkan tangannya.
Syazana hanya memandang mikhail.
'Macam familiar lah. Kejap. Dia ni kan mamat jahanam yang hancurkan jam aku. Boleh berlagak macho pula kat sini." Syazana menyumpah nyumpah mikhail di dalam hati
"And you?" Tanya mikhail pada syazana.
Syazana pelik kerana mikhail tiba tiba sahaja tanya syazana namanya. Syazana sedikit pun tidak menumpulan perhatian. Nama mikhail sendiri pun dia tidak ingat.
"Syaz. Syazana amsyar." Balas syazana.
"Oh nice name."
"Erm and your name again?" Tanya syazana
Riak muka mikhail berubah
'Dia ni tak dengar ke nama aku tadi?' Bisik hati mikhail.
"Mikhail. Muhammad mikhail rafiqi bin rizal" mikhail terus memberi nama penuhnya dan menyebutnya dengan jelas.
"Piano-ist?" Tanya syazana.
"Piano-ist?" Tanya mikhail kembali.
"Ahh nevermind. Nice to meet you." Balas syazana lalu beredar dari situ. Mikhail hanya menandang syazana.

"Piano-ist?" Mikhail mengulangi kembali ayat itu.
Mikhail seakan akan teringat sesuatu
"Bean bag!" Kata mikhail teruja. Akhirnya dia berjumpa juga budak kecil yang berumur 9 tahun yang dia jumpa 16 tahun dahulu.
"Weyh sawan ke apa cakap sorang sorang ni?" Tanya dani.
Mikhail terus membuat muka serius.
"Dah ah aku nak tidur" mikhail terus menutup matanya.
Dani menepuk badan mikhail supaya memandang mukanya. Dia ingin bercakap sesuatu. Tetapi mikhail hanya menutup matanya.
"Haaa nikmatnya tak boleh mendengar ni. Tak payah lah dengar abang membebel" mikhail masih lagi menutup matanya.
Dani tersenyum.
"I will protect you ." Kata dani. Dani tahu mikhail tak akan mendengar apa yang dikatanya. Dani terus menutup lampu.
"Abang!" Marah mikhail. Dani tahu mikhail amat bencikan kegelapan. Dani sengaja menutup lampu . Itu saja cara untuk mikhail membuka matanya.
"Abang tak boleh tidur kalau lampu buka"
"Kau tidur lah luar! " marah mikhail lalu dia membuka lampu.
"Taknak. Harini abang nak tidur dengan baby abang" balas dani sambil ketawa.
"Ah malas nak layan" balas mikhail lalu menutup mukanya dengan bantal.

"Mikhail. Mama nak kamu uruskan projek Energy Cell tu. Mama ada beli kamu rumah dekat dekat dengan pejabat ." Datin sophea akhirnya menyampaikan hasratnya.
"Betul ke ni mama?! Betul eh?" Mikhail sudah lama ingin menguruskan projek itu. Datin sophea sering melarang mikhail menguruskan projek kerana datin sophea tidak percaya akan kesungguhan mikhail. Lagipun mikhail tidak boleh mendengar.
"Ya betul. Tapi."
"Apa?"
"Kamu duduk dengan dani kat rumah tu eh?"
"Ala mama!"
"Lebih membantu. Boleh ya sayang?" Mikhail hanya berdiam diri. Datin sophea memakai kan seutas jam pada mikhail.
"Apa ni mama?" Tanya mikhail.
"Ini fungsi dia kat rumah baru mikhail nanti. Kalau ada apa apa orang datang ke nanti jam tu akan vibrate. Senang"
"Ohh. Thankyou" balas mikhail lemah. Dia masih tidak berpuas hati.
"Okaylah! Dani tidur sana bila dia nak. Ataupun mikhail nak. Kalau mikhail taknak dani tidur rumah mikhail. Suruh dani balik rumah mama. Okay?" Akhirnya datin sophea mengalah.
"Haa macam ni lah mikhail sayang" balas mikhail sambil memeluk datin sophea.

-part 1 end-
Minta maaf sekiranya terdapat sebarang ejaan yang salah.  Faham faham kan jelah eh. Keep calm and wait for part 2. Adios! THANK YOU.
FUTURE


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕


Holla ! You've dropped in my space. Be nice here and copycats not allowed. Thank you :)
Thank you for stalking :).
_______________________________________
◕ Shout Here ◕


_______________________________________
◕ Sing Along ◕